Menarik Di Dalam..

Friday, March 25, 2011

Rasa Hati...

pelbagai lorong telah dilalui...
pelbagai dugaan telah dihadapi..
suka dan duka sentiasa mengiringi...
namun rasa kosong itu masih di hati...

apa yang dicari??/
apa yang masih belum terisi?
sepi yang kekadang mencengkam hati....
resah yang kekadang membaluti diri..

aku ketawa,aku senyum dan bergembira...
tapi itu cuma luaran sahaja...
kerana ada satu rasa yang tak dapat ditafsirkan..
rasa kosong yang cuba diisi...
namun sampai sekarang rasa itu pergi dan kembali...

aapa yg sedang aku cari???
apa yg ingin diisi???
ia umpama satu teka teki...
tanpa pembayang yg dpt ditelusi..

pencarian yg tiada akhir...

Tuesday, March 8, 2011

Baik-baik Sayang...

Baik-baik sayang..
Hidup ini penuh dengan ujian
Penuh dengan rintangan..
Di kiri kanan tersusun liku kehidupan..
Untuk kau rentasi hingga ke sempadan..

Baik-baik sayang..
Jangan terleka dengan keseronokan..
Kerana itu satu ujian..
Untuk menguji tahap keimanan..
Untuk menguji tahap ketakwaan...

Dengarkan wahai sayang....
Inginku temanimu menyusur liku kehidupan..
Menjadi cahaya di kala kegelapan..
Menjadi penawar di kala kesakitan
Menjadi peneman di kala kesepian..

Baik-baik sayang...
kerana dunia pentas lakonan...
tersilap langkah menyimpang jalan..
kecewa dan kesal akan berpanjangan...
duka dan nestapa akan berterusan..

tetapi ingat duhai sayang...
kita berhak memilih jalan...
hitam putih sebuah kehidupan..
ditangan kita menjadi pilihan...

ingatlah wahai sayang....
teruskan berjalan merentas kehidupan...
sambil menimbang yang hak dan bukan...
untuk bekalan di masa depan...
 agar kecewa bukan pilihan...

iman anissa
8 mac 2011, 7.19 pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...