Menarik Di Dalam..

Monday, January 31, 2011

Ujian Tuhan...

Aku bersyukur padaMu Tuhan...
Kerana mengizinkan satu kelegaan...
aku dihadiahkan satu keindahan...
namun kutahu ituujian...

jangan biarkan aku terleka dengan ujianMu itu..
jangan biarkan aku menjadi hamba yang lalai dan leka..
aku mensyukuri anugerah itu Ya Tuhan..
sebuah ketenangan dan juga kebahagiaan...namun.....
kadang-kadang aku bimbang,.... bimbang diri ini mudah hanyut...
mudah seronok dengan apa yang diberikan...
jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa mengingatiMu... disaat susah dan senangku...

bahagiakanlah orang sekelilingku...sebagaimana mereka membahagiakan aku... dan sebagaimana Engkau membahagiakan aku...
ujian ini hanya sedikit dariMu...biarkanlah aku melepasi ujian ini Ya Allah...
semoga rakan-rakanku jua mampu menghadapi ujian yang diberikan kepada mereka...

Amin... 

Saturday, January 22, 2011

Sabar...

sabar itu indah...
ku cuba menyabarkan diri supaya ketenangan itu tidak terusik..
namun sabarku punya batasnya....
aku cuba ikhlaskan diri...
namun hati semakin membenci...
ku pendam rasa geram..
ku simpan rasa meluat,,...

kekadang hati memberontak dalam diam...
meminta supaya amarah dilepaskan..
namun kerna sebuah persahabatan...
apa yang ku rasa tetap ku simpan...
aku pujuk hati yang memberontak...
aku simpan lara di hati...
kerana engkau seorang sahabat....
yang kekadang cuma mementingkan diri...

Ya Allah...
berikanlah aku kesabaran itu...
untuk menempuh minit-minit ini..
hilangkanlah amarah ini..
buangkanlah geram ini...
jadikanlah aku insan yang ikhlas...
memberi tanpa harapkan balas...
tenangkanlah hati yang terkadang resah...
ampunkan diriku yang penuh khilaf...


IA,
230111, 10.05 am..

Monday, January 10, 2011

Hikmah Kembara..

kita kembara menyusuri hidup..
kita berjalan merentas masa..
kita berjumpa dengan dugaan..
kita hadapi pelbagai pengalaman..

perit, pedih dan sakit sebuah kembara akhirnya kita rasai... namun, kembara inilah yang akan mematangkan kita..
kembara inilah yang akan memberikan kekuatan kepada kita..
kerana kita melalui kembara kehidupan yang mungkin tidak dilalui oleh orang lain. 
kita merana...kita kecewa.. namun dalam tak sedar kita,kita juga berjumpa dengan bahagia.. 
kembara juga mengundang penyeksaan... kita menangis dalam kembara, kita tersungkur sewaktu mengembara...
kembara kadang-kadang melunturkan motivasi yang ada... kembara juga boleh melemahkan jiwa..
hati menderita sewaktu kembara.. namun... hikmah kembara akan muncul jua..
sabarlah, carilah, terokailah hikmah itu.

sekarang ini aku sedang merasai pedihnya sebuah kembara... namun akan ku hadapi kembara ini.. kerana ku tahu aku ada kejayaan di penghujung ini... aku sakit, aku derita, aku lemah semangat dan aku diduga.. namun, dugaan untukku tidak seberat orang lain. ku harus tabah menghadapi liku-liku ini.
aku sedang belajar.. aku sedang diuji... kesakitan inilah yang akan memberi kekuatan kepadaku.. aku harus yakin bahawa aku akan berjaya suatu hari nanti,...

Insyaallah... bantulah aku Ya Allah... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...