Menarik Di Dalam..

Tuesday, December 28, 2010

Nukilan Usman Awang...

untuk penghayatan bersama.... bacalah dan renungkanlah...


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Monday, December 27, 2010

Apa Nak Jadi...

ada orang kata, kita akan kolot jika tak ikut peredaran zaman...
yelahh.. zaman sekarangkan semakin moden..dunia semakin maju... teknologi pun canggih manggih... 
kita pun kenalah up to date jugak...tapi... sayang seribu kali sayang..
kerana terlampau ikut arus pemodenan, ramai remaja kita yang semakin hanyut...
adakah arus pemodenan yang terlampau deras atau remaja kita sendiri yang tak pandai "berenang" untuk menyelamatkan diri dari arus tersebut? 

di sana sini sibuk dengan isu buang bayi, khalwat, remaja dan video lucah serta macam-macam karenah lagi...
kebanyakkannya pula bukan bangsa lain tapi bangsa MELAYU dan beragama ISLAM...
ni ke remaja MELAYU yang kononnya penuh dengan nilai-nilai ketimuran? 
ke mana hilangnya nilai ketimuran yang diagung-agungkan?
mengapa pula munculnya budaya-budaya barat yang selama ini ditentang???

dimanakah silapnya? apakah puncanya? siapakah yang perlu bertanggungjawab?
inilah persoalan yang biasa ditimbulkan oleh ramai pihak...tapi kenapa hanya segelintir insan sahaja yang memikirkan jalan mencegah dan menyelesaikan??? kenapa perlu ada ramai insan yang bersikap lepas tangan dalam hal sebegini??? adakah kerana bukan anak,adik atau saudara-mara sendiri yang terlibat dengan masalah sosial itu??

takkanlah nak tunggu saudara sendiri yang terlibat dengan masalah sosial baru kita nak fikirkan jalan mencegah dan menyelesaikan? itu selfish namanya. kita hanya pentingkan kepentingan sendiri sahaja. 
dah kena batang hidung sendiri baru nak cari punca masalahnya. 

banyak kes yang saya temui rata2nya kurang pengetahuan pasal agama...
sembahyang jarang-jarang, aurat terdedah sana sini dan yang paling menyedihkan tak tahu apa yang berdosa dan apa yang mendatangkan pahala.
ada satu kes hanya tahu perbuatan tidak menutup aurat dan berkhalwat adalah salah sahaja. bila ditanya tentang berdosa atau tak, mereka cuma mampu  menjawab tak tahu sahaja. 

Ya Allah... apa yang dah jadi ngan umat zaman ini???
bersekedudukan sudah menjadi trend, melahirkan anak luar nikah dan buang bayi umpama satu lumrah...seks bebas menjadi satu amalan... jika pemimpin masa depan sudah terlibat dengan gejala seperti ini, apakah yang akan terjadi pada negara kita nanti??

fikir-fikirkanlah....
bangunlah... bangkitlah.. sedarlah wahai masyarakat sekalian...   

Saturday, December 25, 2010

Bahagia...


Hati ini mula pasrah...
Jiwa ini mula menyerah...
namun bukan petanda ku kalah..
tapi sekadar ingin mengalah..

kebahagiaan bagiku satu keikhlasan
bukan paksaan atau undangan
ia datang dengan kerelaan..
kerana kasih yang ingin disatukan

bahagia datang tanpa dirayu..
ia kekal dan terus menanti..
namun hadirnya bukan ilusi...
kerana ia satu realiti...



erti bahagia x semestinya bersama
kerana kasih x semestinya bersatu
bahagia bagiku kerana dirimu
bahagia dikau bahagia daku..

walau kasihku telah kecundang
ikhlas diriku tetap mendoakan
kebahagiaan dirimu tetap kuutamakan..
kerana sayang tak mampu dihalang..

Iman Anissa
2.41 pm,26/12/2010

Sunday, December 19, 2010

Praktikal punya kisah..


sedar tak sedar, sudah minggu kedua di tempat praktikal.
penat, mengantuk dan blur masih mengiringi perjalananku..
semoga aku tabah menghadapinya...
dugaan dan cabaran di sini sesekali menganggu konsentrasiku..

kekadang ada rasa ingin mengalah..
kekadang ada rasa ingin berhenti..
namun perjalanan ini semakin sampai ke penghujugnya.
aku harus kuat..aku patut tabah..

harapan dan impian harus digapai...
cita-citaku masih terbentang di hadapan...
semoga apa yang berlaku tidak akan mencacatkan perjalanan,..
semoga apa yang dilalui memberi ketabahan..

sekian sahaja utuk hari ini..
mata semakin mengantuk..
leher semakin sakit
bantal dan tilam sedang menari-nari di hadapan...

nampaknya ucapan selamat malam akan datang lebih awal dari biasa..
tidola jawabnya...

Monday, December 6, 2010

Jalan Hidupku...


jalan ku susuri jalan kehidupan..
bertemankan pahit dan manis permasalahan...
kuintai ku cari sebuah kebahagiaan...
namun kutemui sebuah kesedihan...

susur liku itu tetap kuhadapi...
bertemankan kasih dan impian yang terpatri...
walaupun perit walaupun getir...
kekuatan tetap kugapai ke sisi...

aku berkelana ke daerah sepi...
mencari kasih menggapai mimpi...
namun dirimu tetap diingati...
kerana hatiku telah dimiliki..

pertemuan kita satu kemanisan..
kerana dirimu memberi pengajaran..
perit tangisku engkau tenangkan...
keluh kesahku engkau hilangkan..

engkau mengajar erti kehidupan...
hinggaku cari titik perubahan...
walaupun susah untuk dilakukan...
tekad diriku kian ku genggam..

antara kita masih berteki..
tiada petunjuk mahupun kata kunci...
namun ku tetap terus di sini..
akan menanti walaupun tak pasti..

andai takdirNya bukan di sisimu,..
doaku hulur tanda sayangku..
biar gembira sentiasa milikmu..
kerana kebahagiaanmu juga kebahagiaanku..


iman anissa
1.56 am..
07 disember 2010

Thursday, December 2, 2010

Perubahan Bermula Dengan Diri Sendiri..

Setiap masalah, setiap dugaan memang akan dilalui oleh setiap insan...
namun 1 perkara yang perliu kita sentiasa sedar...
Jangan mudah salahkan orang lain bila terjadi sesuatu perkara..
perkara utama yang kita kena buat ialah SEMAK DIRI SENDIRI DULU...
dalam kata lain UBAH DIRI SENDIRI...

kita tak mampu nak ubah orang lain, namun kita mampu ubah diri sendiri..
jika masing-masing ubah diri masing-masing, masalah yang timbul Insyaallah dapat di atasi...
tapi satu je masalah manusia nikan...
susah nak cari salah sendiri...

tak yah nak tengok orang lain la..
tengok diri sendiri dulu...
ada tak kita ni cari apa salah kita lau terjadinya sesuatu perkara???
ada...tapi jarang sangat,,,...
yang biasanya kita akan tuding jari ke arah orang lain...

kita dok cakap orang tu salah dan orang ni salah...
salah kita, kita tak nampak..
macam pepatah orang tua la kan...
gajah depan mata tak nampak, kuman seberang sungai tu kita nampak pulak...

hebatnya kita sampai tak nak mengaku salah sendiri...
egonya kita sampai sanggup menuding kesalahan pada orang lain...
sedar tak sedar yang perbuatan tu akan merosakkan lagi diri kita...
kita akan makin sombong, bongkak dan ego...
kita akan rasa kitalah yang terbaik..
kitalah yang terbagus dan kitalah yang terhebat,...
bila orang lebih sikit dari kita, kita mula ada rasa hasad dengki, mula nak jatuhkan orang tu...
kita mula menjadi pengkhianat,,,
kita tak fikir nak bersaing secara sihat,...
apa yang kita fikir, kita patut jatuhkan orang yang lebih dari kita tu,,..
guna cara kotor ke, cara halus ke, kita dah tak kisah,...
yang penting hasrat kita tercapai...

orang yang macam nilah yang akan merosakkan bangsa sendiri...
kalau orang seperti ini berada dalam satu team..dia akan rosakkan team dia sendiri...

ingatlah kawan-kawan..perubahan harus bermula dengan diri sendiri,....
renung2kanlah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...