Menarik Di Dalam..

Saturday, July 9, 2011

Aku Ingin...

dah lama aku x mencoret di dada blog ini...
sepi... ermmm..xjuga... rindu memang ada.. rasa kosong... sangat menebal...namun rasa yang paling kuat timbul di hati ini ilah rasa ingin menjadi penyuluh hidup untuk orang sekelilingku...
aku mengimbau sejarah, mengenang kembali liku-liku hidupku... banyak lagi cacat cela yang ku temui... banyak lagi kelemahan diri yang harus diperbaiki... namun...
seperti biasa... aku tak tahu dijalan mana harus ku mulai...

rasa hati itu sangat menebal....
kalah tebalnya awan dilangit...namun... apa yang harus aku lakukan?
pertanyaan demi pertanyaan terus berada di dalam jiwa...

Ya Tuhan.. bantulah aku untuk berubah.. keana untuk membantu orang lain, aku harus membantu diriku dahulu...

Tuesday, May 17, 2011

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

 

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Sunday, May 1, 2011

DIA III


Dia..
Aku terus memerhati dia...
Kerana harapanku kepada dia terlalu tinggi...
Aku ingin dia bahagia...
Aku ingin dia gembira...

Dia...
Aku terus mendoakan dia...
Ku ingin dia mendapat petunjuk ilahi...
Ku ingin dia hidup dalam redha Tuhan Rabbi....
Ku ingin dia temui ketenangan yang hakiki...

Dia...
Tiap masa ku berdoa...
Tiap ketika tidak ku lupa...
Aku ingin dia bahagia..
Walau di mana dia berada...
Aku ingin dia dilindung...
Walaupun aku tak mampu melindung...

Kerana dia...
Insan yang masih tercari-cari arah diri..
Insan yang masih berada dalam teka-teki...
Insan yang kehilangan kata kunci...
Insan yang masih mencari sebuah erti...


Dia....
Carilah petunjuk itu wahai dia...
Kerana hidayah milik Dia..
Anugerah terindah dari Ilahi...
Buat intan terpilih yang mencari...
Buat insan yang disayangi..

Dia...
Hidup ini seketika cuma..
Hargailah apa yang ada...
Jangan disesali apa yang terjadi..
Teruslah belajar perbaiki diri...
Sebelum mengubah insan disisi...

IA,
30/04/2011 ..... 10.08 a.m

DIA II


Maafkanlah aku..
jika hadirku hanya menyusahkan...
maafkanlah aku....
jika diriku hanya membebankan...

aku sering kebingungan....
silap demi silap aku lakukan...
masalah demi masalah aku curahkan...
aku cuma ingin membantu...
namun rupanya aku tak mampu...

maafkanlah aku...
aku tak sanggup melihat dirimu terbeban...
aku tak sanggup melihat dirimu tertekan...
dan aku tak sanggup melihat dirimu kepenatan....

Ya Allah Ya Tuhanku..
Apa yang harus aku lakukan...
Aku cuma ingin membantu Ya Allah..
Aku cuma ingin meringankan bebanannya Ya Allah..
Aku tak sanggup melihat dirinya kegelisahan Ya Allah...
Pinjamkanlah kepadanya sedikit kekuatan Ya Allah..
Berikanlah kepadanya sebuah ketenangan Ya Allah....
Kerana sudah tiada apa yang mampu ku lakukan Ya Allah..
Selain berdoa dan berharap kepadaMu Ya Allah...
Bantulah dia Ya Allah...
Lindungilah dia Ya Allah...
Permudahkanlah segala urusannya Ya Allah...
Hanya kepadaMu aku meminta Ya Allah...

IA,
26/04/11 .....7.35 pm

Sunday, April 24, 2011

DIA...

Dia...
Insan yang istimewa...
Insan yang diberi kurnia...
Namun sayang seorang dia...
Masih hilang suatu yang berharga...
Dia rasa dia punyai segala..
Namun hatinya terus meronta..
Dahagakan sesuatu yang  tak dijumpa..

Jiwanya mencari sesuatu...
Namun tidak diketahui apakah itu...
Hatinya mencari ketenangan...
Tapi tiada arah tujuan..
Langkahnya terpaku disitu.,..
Walau dirinya dikurnia ilmu...

Jiwanya yang kegersangan...
Mengharap hadirnya seorang insan...
Yang mampu membuka jalan...
Dalam mencari apa yang diinginkan...

Dia berada di dalam kelam...
Walau dikelilingi cahaya benderang...
Dia merasa kesepian...
Walaupun dikelilingi rakan-rakan...
Jiwanya semakin kekosongan...
Walau dikelilingi senda gurauan....
Kerana dia masih kehilangan...

Wahai dia...
Teruskanlah berusaha...
Mencari insan yang akan membawamu ke syurga..
Bukan insan yang akan membawamu ke neraka..


Khas untuk “Dia” yg sgt berjasa namun masih perlu dilindungi... perkenalan yang singkat namun memberi makna.. selamat berjaya kepada “dia”. Semoga ketemu apa yg dicari...
IA...
24/4/11 .... 11.33 p.m..

Sunday, April 17, 2011

Puteri Hati..

Ingatlah puteri hati...
Yang kau suka belum tentu yang terbaik untukkmu..
Dan yang kau benci belum tentu akan menyusahkanmu.
Kerana kita milik Tuhan..  Pemilik sekalian alam....
Yang Maha Mengetahui tentang segala sesuatu.

Bila kita dilamun cinta...
Kita ingin serahkan segala-galanya kepada si dia..
Yang belum tentu akan menjadi hak kita.
Yang belum pasti akan menjaga kita...
Kerana jika dia menyayangi kita, dia tidak akan mengambil sesuatu yang belum menjadi haknya.

Namun....
Lihatlah sekarang ini puteri... Kita buta bila bercinta...
Kita pekakkan telinga bila kebenaran cuba menerpa.
Hakikat yang nyata kita selindungkan...
Yang palsu kita war-warkan..

Kenapa puteri? Kenapa begini?
Adakah ini bukti kasih dia kepada kita?
Adakah ini bukti kasih kita kepada dia?
Sedangkan kita tahu..
Jika kita ikhlas menyayangi dia, kita perlu menerima baik buruknya...
Jangan hanya tunjukkan sisi baik kita sahaja semasa bercinta...
Tunjukkanlah kedua-duanya...
Kerana jika benar cinta, pasti dia menerima baik dan buruk kita..

Dan jika benar kita cinta... kita akan hanya harapkan yang terbaik untuk dia...
Walaupun bahagia dia buka di sisi kita, kita tetap akan redha padanya.
Kita akan tetap mendoakan kebahagiannya... kita hanya akan minta yang terbaik untukknya.

Ingatlah puteri hati..
Pahatlah pesan ini dihati...
Jika tidak menyesal nanti...
Sedih dan lara silih berganti...

IA,
17/04/11, 9.20 p.m

Tuesday, April 12, 2011

Kata Hati...

sabarlah wahai hati...
kerana Allah sedang menguji...
tenanglah wahai diri...
kerana engkau mampu hadapi...

setiap ujian atau dugaan...
diiringi dengan satu pengajaran..
walaupun pahit pada awalnya,
tetapi manis pada akhirnya...

sabarlah wahai diri..
kerana Allah lebih mengetahui...
walaupun engkau terseksa kini...
namun engkau mampu lalui...

sakitnya sekeping hati...
semasa ketabahan sedang diuji,...
saat kemanisan sedang dikecapi...
dugaan datang tiada bertepi...

namun bangkitlah wahai hati..
kita bangun, sama menghadapi...
tinggalkan persepsi yang rosakkan diri...
positif fikiran bahagialah diri..

IA,
8.38 am
13 April 2011

Saturday, April 9, 2011

PeTiKLAh BungA iTu WahAi KumBaNg SaKtI..

Bunga mekar di taman larangan 
Elok kelopaknya, elok harumannya 
Dijaga rapi Sang Penjaga 
Dihias tertib tiada tercela 

Aku menyaksikan bunga itu kembang 
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu. 
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan? 
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang? 
Atau kamu? 

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi, 
kau datang merampas langkahnya. 
Kau datang menghalang Cintanya. 
Ya! 
Kamu datang menghalang cintanya 
pada Raja Segala Cinta. 
Masakan tidak kamu ketahui? 
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta! 
Kamu tahu itu? 
Kamu sedar itu? 
Bukankah kamu kumbang sakti? 
Mengapa tegar untukmu 
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia? 

Kamu datang membawa sejuta janji 
Kamu datang membawa sejuta pengharapan 
Dia itu bunga, wahai kumbang. 
Dia itu bunga. 
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia 
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia. 

Jangan kau gantung dia tiada bertali 
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati 
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur. 
Petiklah dia. 
Secepatnya. 
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri 
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini. 
Bukankah itu ajaran Rasul kita? 
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita? 
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh.. 
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti 

Aku sayangkan bunga 
dan kamu wahai kumbang 
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun? 
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi. 

Siramkan air dan baja 
Mentari! Pancarkan cahaya! 

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan 
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua 

Petik dia. 
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta 
Minta restu kedua orang tua 
Dan aku mendoakan sentiasa 

bukan aku memaksa. 
tapi aku terpaksa 
sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ? 
dia perlukan jawapan. 
petik dia secepat yang kau mampu kumbang.. 
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya 
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu 

andai kamulah kumbang sakti itu.. 
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu 

Allah akan mempermudahkan segalanya. 
Janji Allah itu pasti 
^-^ 

*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan 
yang dikehendakiNya. * 



[At-Talaq:2-3] 

CeriteraMu..

Terus ku ukir sebuah senyuman...
Walaupun diri berpalit duka...
Terus ku buang rasa dendam...
Walaupun hati masih terluka...

Senyap diriku disalah erti...
Diam diriku dikata benci...
Mengapa tiada yang ingin mengerti...
Kenapa diriku terus begini...

Bukan dendam yang aku simpan..
Senyap bagiku satu kebaikan...
Jika berkata mengundang luka...
Pilhan apa yang aku ada?

Mengertilah wahai insan...
Aku juga punya perasaan...
Dicaci disindir berkali-kali...
Akhirnya aku menyepikan diri...

Maafkan aku wahai insan...
Jika aku tersalah melayan...
Walaupun kekadang ia disengajakan...
Kerana pengajaran inginku berikan...

Aku menilai salah diriku..
Sebelum ku cari silap salahmu...
Kerana apa jua berlaku...
Tetap ada salah kau dan aku..

Namun engkau tak pernah mengerti...
Kerana engkau seorang lelaki..
Yang diiringi ego dihati...
Yang selalu kau bawa ke sana ke mari...

Aku menanti saat perpisahan...
Jika ia membawa kebaikan..
Pedih dihati akan ku biarkan..
Apa yang berlaku akan kulupakan... 


IA,
8.29 p.m, 9 April 2011 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...