Menarik Di Dalam..

Tuesday, December 28, 2010

Nukilan Usman Awang...

untuk penghayatan bersama.... bacalah dan renungkanlah...


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Monday, December 27, 2010

Apa Nak Jadi...

ada orang kata, kita akan kolot jika tak ikut peredaran zaman...
yelahh.. zaman sekarangkan semakin moden..dunia semakin maju... teknologi pun canggih manggih... 
kita pun kenalah up to date jugak...tapi... sayang seribu kali sayang..
kerana terlampau ikut arus pemodenan, ramai remaja kita yang semakin hanyut...
adakah arus pemodenan yang terlampau deras atau remaja kita sendiri yang tak pandai "berenang" untuk menyelamatkan diri dari arus tersebut? 

di sana sini sibuk dengan isu buang bayi, khalwat, remaja dan video lucah serta macam-macam karenah lagi...
kebanyakkannya pula bukan bangsa lain tapi bangsa MELAYU dan beragama ISLAM...
ni ke remaja MELAYU yang kononnya penuh dengan nilai-nilai ketimuran? 
ke mana hilangnya nilai ketimuran yang diagung-agungkan?
mengapa pula munculnya budaya-budaya barat yang selama ini ditentang???

dimanakah silapnya? apakah puncanya? siapakah yang perlu bertanggungjawab?
inilah persoalan yang biasa ditimbulkan oleh ramai pihak...tapi kenapa hanya segelintir insan sahaja yang memikirkan jalan mencegah dan menyelesaikan??? kenapa perlu ada ramai insan yang bersikap lepas tangan dalam hal sebegini??? adakah kerana bukan anak,adik atau saudara-mara sendiri yang terlibat dengan masalah sosial itu??

takkanlah nak tunggu saudara sendiri yang terlibat dengan masalah sosial baru kita nak fikirkan jalan mencegah dan menyelesaikan? itu selfish namanya. kita hanya pentingkan kepentingan sendiri sahaja. 
dah kena batang hidung sendiri baru nak cari punca masalahnya. 

banyak kes yang saya temui rata2nya kurang pengetahuan pasal agama...
sembahyang jarang-jarang, aurat terdedah sana sini dan yang paling menyedihkan tak tahu apa yang berdosa dan apa yang mendatangkan pahala.
ada satu kes hanya tahu perbuatan tidak menutup aurat dan berkhalwat adalah salah sahaja. bila ditanya tentang berdosa atau tak, mereka cuma mampu  menjawab tak tahu sahaja. 

Ya Allah... apa yang dah jadi ngan umat zaman ini???
bersekedudukan sudah menjadi trend, melahirkan anak luar nikah dan buang bayi umpama satu lumrah...seks bebas menjadi satu amalan... jika pemimpin masa depan sudah terlibat dengan gejala seperti ini, apakah yang akan terjadi pada negara kita nanti??

fikir-fikirkanlah....
bangunlah... bangkitlah.. sedarlah wahai masyarakat sekalian...   

Saturday, December 25, 2010

Bahagia...


Hati ini mula pasrah...
Jiwa ini mula menyerah...
namun bukan petanda ku kalah..
tapi sekadar ingin mengalah..

kebahagiaan bagiku satu keikhlasan
bukan paksaan atau undangan
ia datang dengan kerelaan..
kerana kasih yang ingin disatukan

bahagia datang tanpa dirayu..
ia kekal dan terus menanti..
namun hadirnya bukan ilusi...
kerana ia satu realiti...



erti bahagia x semestinya bersama
kerana kasih x semestinya bersatu
bahagia bagiku kerana dirimu
bahagia dikau bahagia daku..

walau kasihku telah kecundang
ikhlas diriku tetap mendoakan
kebahagiaan dirimu tetap kuutamakan..
kerana sayang tak mampu dihalang..

Iman Anissa
2.41 pm,26/12/2010

Sunday, December 19, 2010

Praktikal punya kisah..


sedar tak sedar, sudah minggu kedua di tempat praktikal.
penat, mengantuk dan blur masih mengiringi perjalananku..
semoga aku tabah menghadapinya...
dugaan dan cabaran di sini sesekali menganggu konsentrasiku..

kekadang ada rasa ingin mengalah..
kekadang ada rasa ingin berhenti..
namun perjalanan ini semakin sampai ke penghujugnya.
aku harus kuat..aku patut tabah..

harapan dan impian harus digapai...
cita-citaku masih terbentang di hadapan...
semoga apa yang berlaku tidak akan mencacatkan perjalanan,..
semoga apa yang dilalui memberi ketabahan..

sekian sahaja utuk hari ini..
mata semakin mengantuk..
leher semakin sakit
bantal dan tilam sedang menari-nari di hadapan...

nampaknya ucapan selamat malam akan datang lebih awal dari biasa..
tidola jawabnya...

Monday, December 6, 2010

Jalan Hidupku...


jalan ku susuri jalan kehidupan..
bertemankan pahit dan manis permasalahan...
kuintai ku cari sebuah kebahagiaan...
namun kutemui sebuah kesedihan...

susur liku itu tetap kuhadapi...
bertemankan kasih dan impian yang terpatri...
walaupun perit walaupun getir...
kekuatan tetap kugapai ke sisi...

aku berkelana ke daerah sepi...
mencari kasih menggapai mimpi...
namun dirimu tetap diingati...
kerana hatiku telah dimiliki..

pertemuan kita satu kemanisan..
kerana dirimu memberi pengajaran..
perit tangisku engkau tenangkan...
keluh kesahku engkau hilangkan..

engkau mengajar erti kehidupan...
hinggaku cari titik perubahan...
walaupun susah untuk dilakukan...
tekad diriku kian ku genggam..

antara kita masih berteki..
tiada petunjuk mahupun kata kunci...
namun ku tetap terus di sini..
akan menanti walaupun tak pasti..

andai takdirNya bukan di sisimu,..
doaku hulur tanda sayangku..
biar gembira sentiasa milikmu..
kerana kebahagiaanmu juga kebahagiaanku..


iman anissa
1.56 am..
07 disember 2010

Thursday, December 2, 2010

Perubahan Bermula Dengan Diri Sendiri..

Setiap masalah, setiap dugaan memang akan dilalui oleh setiap insan...
namun 1 perkara yang perliu kita sentiasa sedar...
Jangan mudah salahkan orang lain bila terjadi sesuatu perkara..
perkara utama yang kita kena buat ialah SEMAK DIRI SENDIRI DULU...
dalam kata lain UBAH DIRI SENDIRI...

kita tak mampu nak ubah orang lain, namun kita mampu ubah diri sendiri..
jika masing-masing ubah diri masing-masing, masalah yang timbul Insyaallah dapat di atasi...
tapi satu je masalah manusia nikan...
susah nak cari salah sendiri...

tak yah nak tengok orang lain la..
tengok diri sendiri dulu...
ada tak kita ni cari apa salah kita lau terjadinya sesuatu perkara???
ada...tapi jarang sangat,,,...
yang biasanya kita akan tuding jari ke arah orang lain...

kita dok cakap orang tu salah dan orang ni salah...
salah kita, kita tak nampak..
macam pepatah orang tua la kan...
gajah depan mata tak nampak, kuman seberang sungai tu kita nampak pulak...

hebatnya kita sampai tak nak mengaku salah sendiri...
egonya kita sampai sanggup menuding kesalahan pada orang lain...
sedar tak sedar yang perbuatan tu akan merosakkan lagi diri kita...
kita akan makin sombong, bongkak dan ego...
kita akan rasa kitalah yang terbaik..
kitalah yang terbagus dan kitalah yang terhebat,...
bila orang lebih sikit dari kita, kita mula ada rasa hasad dengki, mula nak jatuhkan orang tu...
kita mula menjadi pengkhianat,,,
kita tak fikir nak bersaing secara sihat,...
apa yang kita fikir, kita patut jatuhkan orang yang lebih dari kita tu,,..
guna cara kotor ke, cara halus ke, kita dah tak kisah,...
yang penting hasrat kita tercapai...

orang yang macam nilah yang akan merosakkan bangsa sendiri...
kalau orang seperti ini berada dalam satu team..dia akan rosakkan team dia sendiri...

ingatlah kawan-kawan..perubahan harus bermula dengan diri sendiri,....
renung2kanlah...

Tuesday, November 30, 2010

Aku Cuma Wanita Biasa..

Artikel ini dipetik dari facebook..
sekadar untuk renungan bersama...
semoga kita akan lebih memahami pasangan masing2...


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 




Saturday, November 27, 2010

Teman.....

Errmmm..aku tak tahu ni karya yang ke berapa... cuma aku sedar yang aku semakin seronok bermain dengan kata-kata.. sedap atau tak sedap aku punya cite,,..hahahaha
kalau sudi baca, bacalah ye... 




Teman,
Aku keliru...
Fikiranku buntu..
Jiwaku resah..
Hatiku gundah

Rasa hati ingin ku curah
Namun pada siapa harus ku luah..
Bila hati bertingkah resah
Fikiranku pula semakin gelisah

Aku tahu ini ujian
Untuk menguji tahap keimanan
Namun ku bimbang tewas diperjalanan
Di kala melalui segala dugaan

Padamu teman ku pohon sokongan
Bantulah aku di kala kejatuhan
Biarkan ku bangkit meneruskan perjuangan
Untuk meneruskan sisa kehidupan

Langkahku ini semakin lemah
Tapi ku tetap takkan mengalah
Walaupun penat walaupun lelah
Aku tak mungkin mengaku kalah

Wahai teman rakan seperjuangan
Doamu sentiasa aku harapkan
Untuk menghadapi hidup seharian
Untuk melangkah dan terus berjalan 







Iman Anissa
25 Mei 2010, 9.39 pm 

Pesan Kasih..

Rindu itu masih disini...
menari-nari di sudut hati...
tapi diri jua mengerti...
jurang kita sukar dibolosi...

akhirnya rindu berlalu sepi...
bersama hati yang perit melepasi...
rindu di hati merantai jiwa...
sayang di hati menusuk sukma...

kita berdua jauh berbeza..
engkau di selatan aku di utara...
namun aku tetap berusaha..
tapi dayanya sudah tiada...

kita dekat tetapi jauh..
semakin  kudekat engkau menjauh...
akhirnya aku memutuskan kata..
biarlahku pergi tanpa berita..

selamat tinggal wahai kesayangan...
kebahagiaan sentiasa aku doakan..
kerana takdir tak mampu dihalang..
kerana kita tidak ditentukan..

wahai pujaan ,insan pilihan...
kegembiraanmu selalu aku impikan..
moga berbahagia di sepanjang perjalanan...
doaku sentiasa dalam iringan...

wahai insan arjuna impian...
berhati-hati meniti kehidupan..
hanya pesan dapat ku iringkan..
sebagai tanda salam perpisahan...

Salah Siapa????

Hari ni pas wat keje2 pengurusan aku g la Hock Kee Seng ...
alaaa..gedung membeli belah yang femes kat Gong Badak nilah...
kononnya nak cuci mata la...
hebat tak orang zaman skrg??
cuci mata kat pusat membeli belah..
orang zaman dulu2 cuci mata ngn air telaga kat belakang umah je...
hehehe... aku wat lawak tu... korang kena gelak k...

nak dijadikan cerita...
tetiba aku rasa nak beli seluar la plak...
so, dengan bantuan jue juenne dan miza mizawati, 
aku pun dengan penuh semangat memilih seluar yang cantik di mata, murah ditanda harga,,,,
cari punya cari, terjumpalah seluar yang cantik di mata dan murah ditanda harga tu,,,
aku pun apa lagi...
terus ke fitting room...
ayakkk...
tetiba.... ketat kat paha i cakap u...
aduiii... kecewa aku...

tapi xpe...aku teruskan misi mencari seluar yang diimpikan..
habis ku "kube" seluar2 yang ada kat situ...
aku pun jumpa suar saiz XXL... 
baca betul2 ye.. saiz XXL.... aku dah italic dan boldkan perkataan tu...
suar ni sangat cantik...
tapi malangnya... dari atas sampai bawah ketat...
aduhaiiiii... penat sehhhh.... 

aku ni dah gemuk sangat ke sampai suar XXL pun tak muat???
ke suar tu yang kecik???
salah siapa sekarang nih???
akhirnya aku mengalah.... malas la nk beli suar lagi...
nasib baik saiz x muat..lau x bazirkan duit aku je.. huhuhu...
so... kepada "saing2" seangkatan dengan aku..
bawak2lah berdiet ye.. lau tak mmg tak muat,..huhu

tapi..aku ni xla gemok sgt...
bknnya xleh terima kenyataan..tapi realiti..
sila rujuk gambar kat bawah ye..

haaa...kurus tak?? hehee


Mari belajar Bahasa..

1) Kube = Sepahkan..
2) Saing2 = Kawan2.. 

Saturday, November 20, 2010

Perkataan Syukur Yang Dilupai


Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!
Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..
Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:
"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"
Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..
Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..

Thursday, November 18, 2010

Eid Ul-Adha

Walaupun tajuk atasnya pasal raya haji, namun saya nak sentuh sikit je pasal raya haji..
Ermmm... Alhamdulillah... Banyak perkara yang saya pelajari pada raya kali ini..
Mungkin ini kali pertama saya beraya berjauhan daripada keluarga kot,
so hati mudahlah tersentuh... hehe..cam poyo je.. baca betul-betul ye.. poyo bukan toyol.. : p

yelah,... nama pun beraya di tempat orang, so takdelah sangat tempat yang saya nak ziarah..
jadi masa saya lagi banyak dihabiskan di bilik dengan laptop...
tangan pun apalagi... capai broadband dan terus online... hehehe
 macam2 website saya buka.. website yang baik je tau..
korang jangan nak pk yang bukan2..

banyak artikel dan video yang saya tengok..
ermmm...last sekali saya terbuka video AF6 minggu ke-8 lau x silap..
saya tengok masa Aisyah nyanyi lagu Syurga Ditelapak Kaki Ibu dan lagu Ayah..
pastu saya tengok plak Aznil nyanyi lagu Ayah dan Ibu... isk,isk,isk...
tersentuhnya hati ni xyah nak citerlah... mengenangkan mak yang kat kampung dan ayah yang dah lama pergi...

saya mula teringatkan pengorbanan ahli keluarga saya terutamanya mak ayah saya.
banyak jasa mereka kepada saya.. mak yang sentiasa bersama saya semasa saya sakit, semasa saya kecewa yang sangat2, masa saya gembira dan masa saya kesusahan,...
pendek dan panjang berkata, maklah yang selalu ada masa saya memerlukan.

teringat lak kat adik beradik yang sentiasa bersama saya semasa saya susah..
Abang yang kat Ampang yang selalu topup dan bagi duit kat saya saat2 saya kehabisan duit..
Kak Mira yang kat Damansara yang nyanyikan lagu Dunia Belum Berakhir di saat saya putus cinta..dan juga selalu bagi kata2 semangat untuk saya.. membantu saya untuk bangkit kembali menghadapi realiti...

Kak Za yang kat Sepang...yang selalu mendengar celoteh saya.. yang sentiasa memberikan duit poket setiap kali saya ke tempat keje.. kakak yang rajin menghantar makan tengahari semasa saya bekerja.
Pak Uda yang kat Tanjung Malim... adik yang selalu menolong saya di saat saya memerlukan... serta rajin menghantar saya ke hospital di saat gastrik membuat kunjungan rasmi......
Pak Usu yang kat kampung... si bongsu yang selalu cari gaduh dengan saya tetapi sentiasa setia menemani saya ke mana2..

Tak lupa kepada Abg Di... Abg yang memikul amanat arwah ayah... abg yg garang.. namun saya sedar... garangnya untuk membentuk adik-adik... supaya adik-adiknya menjadi anak yang taat kepada ibu bapa dan juga agama...seorang abg yg sanggup korbankan dirinya sendiri demi melihat adik-adiknya bahagia... Seorang abg yg sangat berjasa sehingga saya mampu melangkah kaki ke universiti...

saya sentiasa menyayangi kamu semua..terima kasih kerana sentiasa berada bersama saya...

Tanpa keluarga siapalah kita... walaupun kini kita semakin dewasa dan mampu berdiri sendiri, namun ada ketikanya kita memerlukan pertolongan daripada orang lain.. walaupun kita mempunyai rakan-rakan di sekeliling kita, namun hanya keluarga yang setia bersama... sebanyak manapun rakan-rakan kita menyayangi kita, namun tak setanding kasih sayang yang diberikan oleh ahli keluarga kita... hanya mereka yang akan kekal bersama kita... hargailah apa yang sedang kita miliki... sayangilah keluarga kita... kita takkan mampu membalas segala jasa mereka... renung2kanlah...

Di antara Family yg ada..kak za,kak mira,my mum n pak usu..

Monday, November 15, 2010

AdiKkU SaYaNg..

Ditujukan khas kepada adik2ku yang pernah bersamaku di Kem Putra Kg. Chengal..

Pertemuan pertama itu memperkenalkan kita..
Engkau amanah yang diberi walau untuk seketika,..
Rasa tanggungjawab itu sentiasa ada..
Kerana kita...pernah bersama... 

Disini segalanya bermula... 

Adikku sayang adikku intan
Masa remaja hanya sekali berkerlipan
Jangan diisi dengan keseronokan
Yang membuatkanmu menyesal dihari kemudian.

Adikku sayang adikku perawan
Berhati-hati dalam memilih kawan
Tersilap langkah cacat perjalanan
Engkaukan kecewa tak berkesudahan

Adikku sayang puteri lindungan
Kedua ibu bapa jangan dilupakan
Jasa mereka tidak terbilang
Membesarkan kita dengan kasih sayang

Adikku sayang ingin kukatakan
Marahku bukan kerana kebencian
Itulah bukti kasih dan sayang
Memastikan dirimu terus gemilang

Adikku sayang manis rupawan
Kalungan doa sentiasa ku iringkan
Menemani dirimu sepanjang perjalanan
Dalam mencapai apa yang diimpikan

Iman Anissa
24 Mei 2010, 10.43 pm

Buatmu Sahabat...

Sajak ni aku dah post kat fb tapi ase nk post kat sini gak.. huhu..
biasala... nak kuarkan bakat yang selama ni tersimpan rapi...
kih3... bakat la sangat...
mungkin ini juga peringatan untuk aku sendiri serta...
KHAS untuk insan yang bergelar sahabat...




















sahabatku..

dunia ini penuh dengan dugaan..
juga diiringi dengan cubaan,..
namun tetap ada kemanisan..
yang akan kita rasai dengan penuh kenikmatan...

bila diuji, kita mungkin akan rebah,...
tapi jangan terus mengalah...
bangkitlah dirimu terus melangkah...
menggapai impian yang tak sudah..

sahabatku,

disisimu ada keluarga kesayangan
juga ada teman seperjuangan..
terus bangkit untuk membuktikan..
bahawa kamu mampu menghadapi rintangan..

kita hamba ciptaan Tuhan..
yang tak lekang didatangi ujian...
hadapi segalanya dengan tenang..
kau akan bahagia di penghujung garisan...

ingatlah sahabat dan juga teman..
ujian itu penguji keimanan..
yakinkan diri, hadapi kenyataan..
kebahagiaan akan menyusul kemudian...

iman anissa..
20 okt 2010
1.59 p.m..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...