Menarik Di Dalam..

Monday, December 27, 2010

Apa Nak Jadi...

ada orang kata, kita akan kolot jika tak ikut peredaran zaman...
yelahh.. zaman sekarangkan semakin moden..dunia semakin maju... teknologi pun canggih manggih... 
kita pun kenalah up to date jugak...tapi... sayang seribu kali sayang..
kerana terlampau ikut arus pemodenan, ramai remaja kita yang semakin hanyut...
adakah arus pemodenan yang terlampau deras atau remaja kita sendiri yang tak pandai "berenang" untuk menyelamatkan diri dari arus tersebut? 

di sana sini sibuk dengan isu buang bayi, khalwat, remaja dan video lucah serta macam-macam karenah lagi...
kebanyakkannya pula bukan bangsa lain tapi bangsa MELAYU dan beragama ISLAM...
ni ke remaja MELAYU yang kononnya penuh dengan nilai-nilai ketimuran? 
ke mana hilangnya nilai ketimuran yang diagung-agungkan?
mengapa pula munculnya budaya-budaya barat yang selama ini ditentang???

dimanakah silapnya? apakah puncanya? siapakah yang perlu bertanggungjawab?
inilah persoalan yang biasa ditimbulkan oleh ramai pihak...tapi kenapa hanya segelintir insan sahaja yang memikirkan jalan mencegah dan menyelesaikan??? kenapa perlu ada ramai insan yang bersikap lepas tangan dalam hal sebegini??? adakah kerana bukan anak,adik atau saudara-mara sendiri yang terlibat dengan masalah sosial itu??

takkanlah nak tunggu saudara sendiri yang terlibat dengan masalah sosial baru kita nak fikirkan jalan mencegah dan menyelesaikan? itu selfish namanya. kita hanya pentingkan kepentingan sendiri sahaja. 
dah kena batang hidung sendiri baru nak cari punca masalahnya. 

banyak kes yang saya temui rata2nya kurang pengetahuan pasal agama...
sembahyang jarang-jarang, aurat terdedah sana sini dan yang paling menyedihkan tak tahu apa yang berdosa dan apa yang mendatangkan pahala.
ada satu kes hanya tahu perbuatan tidak menutup aurat dan berkhalwat adalah salah sahaja. bila ditanya tentang berdosa atau tak, mereka cuma mampu  menjawab tak tahu sahaja. 

Ya Allah... apa yang dah jadi ngan umat zaman ini???
bersekedudukan sudah menjadi trend, melahirkan anak luar nikah dan buang bayi umpama satu lumrah...seks bebas menjadi satu amalan... jika pemimpin masa depan sudah terlibat dengan gejala seperti ini, apakah yang akan terjadi pada negara kita nanti??

fikir-fikirkanlah....
bangunlah... bangkitlah.. sedarlah wahai masyarakat sekalian...   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...