sekadar tempat untuk meluah rasa hati... melepaskan apa yang terpendam, menyingkap apa yang tersimpan..coretan suka dan duka sebuah kehidupan... dalam meniti sebuah perjalanan yang akan menjadi pengalaman..
Saturday, December 25, 2010
Bahagia...
Hati ini mula pasrah...
Jiwa ini mula menyerah...
namun bukan petanda ku kalah..
tapi sekadar ingin mengalah..
kebahagiaan bagiku satu keikhlasan
bukan paksaan atau undangan
ia datang dengan kerelaan..
kerana kasih yang ingin disatukan
bahagia datang tanpa dirayu..
ia kekal dan terus menanti..
namun hadirnya bukan ilusi...
kerana ia satu realiti...
erti bahagia x semestinya bersama
kerana kasih x semestinya bersatu
bahagia bagiku kerana dirimu
bahagia dikau bahagia daku..
walau kasihku telah kecundang
ikhlas diriku tetap mendoakan
kebahagiaan dirimu tetap kuutamakan..
kerana sayang tak mampu dihalang..
Iman Anissa
2.41 pm,26/12/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment