Menarik Di Dalam..

Tuesday, April 12, 2011

Kata Hati...

sabarlah wahai hati...
kerana Allah sedang menguji...
tenanglah wahai diri...
kerana engkau mampu hadapi...

setiap ujian atau dugaan...
diiringi dengan satu pengajaran..
walaupun pahit pada awalnya,
tetapi manis pada akhirnya...

sabarlah wahai diri..
kerana Allah lebih mengetahui...
walaupun engkau terseksa kini...
namun engkau mampu lalui...

sakitnya sekeping hati...
semasa ketabahan sedang diuji,...
saat kemanisan sedang dikecapi...
dugaan datang tiada bertepi...

namun bangkitlah wahai hati..
kita bangun, sama menghadapi...
tinggalkan persepsi yang rosakkan diri...
positif fikiran bahagialah diri..

IA,
8.38 am
13 April 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...