Menarik Di Dalam..

Monday, January 10, 2011

Hikmah Kembara..

kita kembara menyusuri hidup..
kita berjalan merentas masa..
kita berjumpa dengan dugaan..
kita hadapi pelbagai pengalaman..

perit, pedih dan sakit sebuah kembara akhirnya kita rasai... namun, kembara inilah yang akan mematangkan kita..
kembara inilah yang akan memberikan kekuatan kepada kita..
kerana kita melalui kembara kehidupan yang mungkin tidak dilalui oleh orang lain. 
kita merana...kita kecewa.. namun dalam tak sedar kita,kita juga berjumpa dengan bahagia.. 
kembara juga mengundang penyeksaan... kita menangis dalam kembara, kita tersungkur sewaktu mengembara...
kembara kadang-kadang melunturkan motivasi yang ada... kembara juga boleh melemahkan jiwa..
hati menderita sewaktu kembara.. namun... hikmah kembara akan muncul jua..
sabarlah, carilah, terokailah hikmah itu.

sekarang ini aku sedang merasai pedihnya sebuah kembara... namun akan ku hadapi kembara ini.. kerana ku tahu aku ada kejayaan di penghujung ini... aku sakit, aku derita, aku lemah semangat dan aku diduga.. namun, dugaan untukku tidak seberat orang lain. ku harus tabah menghadapi liku-liku ini.
aku sedang belajar.. aku sedang diuji... kesakitan inilah yang akan memberi kekuatan kepadaku.. aku harus yakin bahawa aku akan berjaya suatu hari nanti,...

Insyaallah... bantulah aku Ya Allah... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...