Pertemuan pertama itu memperkenalkan kita..
Engkau amanah yang diberi walau untuk seketika,..
Rasa tanggungjawab itu sentiasa ada..
Kerana kita...pernah bersama...
Disini segalanya bermula... |
Adikku sayang adikku intan
Masa remaja hanya sekali berkerlipan
Jangan diisi dengan keseronokan
Yang membuatkanmu menyesal dihari kemudian.
Adikku sayang adikku perawan
Berhati-hati dalam memilih kawan
Tersilap langkah cacat perjalanan
Engkaukan kecewa tak berkesudahan
Adikku sayang puteri lindungan
Kedua ibu bapa jangan dilupakan
Jasa mereka tidak terbilang
Membesarkan kita dengan kasih sayang
Adikku sayang ingin kukatakan
Marahku bukan kerana kebencian
Itulah bukti kasih dan sayang
Memastikan dirimu terus gemilang
Adikku sayang manis rupawan
Kalungan doa sentiasa ku iringkan
Menemani dirimu sepanjang perjalanan
Dalam mencapai apa yang diimpikan
Iman Anissa
24 Mei 2010, 10.43 pm
Masa remaja hanya sekali berkerlipan
Jangan diisi dengan keseronokan
Yang membuatkanmu menyesal dihari kemudian.
Adikku sayang adikku perawan
Berhati-hati dalam memilih kawan
Tersilap langkah cacat perjalanan
Engkaukan kecewa tak berkesudahan
Adikku sayang puteri lindungan
Kedua ibu bapa jangan dilupakan
Jasa mereka tidak terbilang
Membesarkan kita dengan kasih sayang
Adikku sayang ingin kukatakan
Marahku bukan kerana kebencian
Itulah bukti kasih dan sayang
Memastikan dirimu terus gemilang
Adikku sayang manis rupawan
Kalungan doa sentiasa ku iringkan
Menemani dirimu sepanjang perjalanan
Dalam mencapai apa yang diimpikan
Iman Anissa
24 Mei 2010, 10.43 pm
No comments:
Post a Comment